Thursday, July 30, 2009

Tagged By Luvly Chai Bucuk

Assignment yang harus dibuat:

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yang orang tak tahu semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 orang untuk ditag. Anda amat bertuah jika ditag oleh missyaimi sebab missyaimi ingin tahu lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu;p

1. Zaman comel dulu missyaimi jarang balik rumah mak abah coz depa busy. missyaimi duk ngan mak tok & long.

2. missyaimi slalu kena gigit ngan my cousin kakcik masa kecik.
3. Family missyaimi kata missyaimi tak suke susu badan mak missyaimi tapi suka susu badan long punya and my cousin kakcik tak suka mak dia punya (long) suka mak missyaimi punya...
4. missyaimi selalu dibawa berjalan-jalan oleh Kak Ida.
5. Time kecik missyaimi pernah terlanggar bekas abu rokok sampai terkoyak kulit kaki dan kena jahit berapa jahitan ntah missyaimi dah tak ingat.
6. missyaimi suka main boya-boya ngan jengkek-jengkek.
7. missyaimi pernah wakil Tabika untuk 'pakaian beragam'. missyaimi pakai baju pengantin.
8. missyaimi pernah wakil Tabika untuk tarian 'Canggung'.
9. missyaimi takot tempat yg sempit dan gelap.

10. Dulu masa kecik2 missyaimi suka mandi hujan...best wooo

11. missyaimi mmg suka dengar radio dari missyaimi tadika lagi...mayb Kak Ida slalu degar kot...so terikut dia punya hobi.
12. Dari Tabika missyaimi mmg suka kaler hijau sampai cikgu cakap missyaimi klu suh kaler muka orang pun suma hijau...hahaha

13. Pernah kena ekzos motor kat kedai runcit tapi diam takut mak abah marah sampai rumah mak yg perasan sendiri kaki ada kesan kena ekzos...parut da smpai skunk kat kaki.

14. Selalu wakil sekolah rendah dalam muzik. missyaimi main pianika smpai kami pernah dijempu utk wat persembahan depan Raja.

15. Rantai leher missyaimi pernah dicuri orang di pasar malam. missyaimi nampak dia amek dari leher tp tak tau apa masa tuh.
16. Mak missyaimi slalu buy gaun and dress tuk missyaimi ngan kakcik klu dia outstation.
17. missyaimi alah pada asap. Tak kisahlah asap apa asal asap ja rasa mcm nak pitam dan mudah pening bila bau asap.

18. Dulu masa mengaji Al-Quran, missyaimi pernah dikacau oleh senior2 yg menyamar menjadi hantu...jahatnya smpai missyaimi tak bergerak dari tempat missyaimi dikacau sebab takot...

19. missyaimi suka main patung kertas masa zaman kecik dolu2. Cantik la patung dia...;p

20. missyaimi takot duk dalam tandas sorang2...coz tandas rumah mak tok missyaimi besau.
21. Zaman dulu bla time posa missyaimi ngan kazen suka cari tin tuk buat tanglung dan berarak satu kg bawa tanglung yg mcm2 corak tue...rindunyer zaman dolu2.
22. Dulu zaman kecik missyaimi suka teriak tapi tak suka tunjuk kecualilah klu tertunjuk jugak...huhu bukan pa takot kn marah lagi....

23. Zaman kecik missyaimi tak boleh tgk longkang, parit atau yg seangkatan coz missyaimi wajib jatuh klu tgk so missyaimi bla jln mata tak boleh melilau. Skunk dah ok...

24. missyaimi pakai mini skirt zaman sekolah dulu smpai awal darjah 6 kemudian bertukar ke baju kurung...

25. missyaimi sangat sayangkan barang2 missyaimi... x kiralah pemberian sesapa semua dijaga dengan baik! ;p
missyaimi nak tagged :
Dazzlinglily
Kak Bibi
Kak Hanim
Kak Ruswahida
Artzleen

No comments:

Post a Comment